Friday, November 20, 2009

heroin korea.....
lee dha he.......

















urmm....sweet....klic...

Tuesday, November 17, 2009

JAMUAN BERBUKA PIBG DAN MURID TAHUN 6



Kuih muih dan nasi dalca antara hidangan berbuka majlis PIBG dan murid tahun 6 baru-baru ini

 

JAMUAN AKHIR MURID TAHUN 6







Murid Tahun 6 sedang mendengar ceramah dan kata nasihat sebelum melangkah ke Tingkatan 1 tahun hadapan



Kiri Pn Zaiton Menyampaikan pingat Tunas Muda kepada Puteri Islam, Kanan YDP En Razak menyampaikan sijil akhir tahun kepada murid tahun 6




SK MENGKUANG-Satu jamuan akhir tahun khas untuk meraikan murid-murid tahun 6 sekolah kebangsaan mengkuang telah di adakan semalam.Majlis yang bertujuan meraikan tahun akhir mereka di sekolah ini adalah bertjuan untuk memberi pendidikan dan bimbingan menuju ke alam remaja dan menempuh cabaran di sekolah menengah.

Bagi yang berjaya dalam UPSR, ianya dilihat sebagai satu kejayaan yang bermakna dan bagi yang tidak berjaya tidak bermakna tidak punya harapan.UPSR adalah satu kejayaan dan banyak lagi yang perlu di pelajari dimasa-masa mendatang kerana pendidikan seumur hidup itu adalah pengalaman, dan juga ilmu yang ditimba tanpa hadnya.

Saturday, November 14, 2009

xcersize

PERMATANG PAUH-SK MENGKUANG MELANCARKAN BULAN KECERGASAN



SK MENGKUANG -Program bulan kecergasan peringkat sekolah telah di lancarkan pada Isnin 20 Julai Baru-baru ini.Dalam ucapan yang di sampaikan oleh Guru Besart, Pn Zaiton Yahaya, beliau menjelaskan bahawa kecergasan adalah penting buat semua kaum guru untuk bekerja dalam keadaan sihat dan tidak menghadapi tekanan sewaktu bertugas.

Beliau juga menasihatkan murid-murid agar membawa air minuman bagi mengekalkan kandungan air yang cukup dalam badan.




Murid-murid SK Mengkuang melakukan senam robik bersama-sama guru-guru dalam acara yang dijalankan pada pagi ini.







Cikgu Cik Kenangan dan Cikgu Cik Fatma Sari menjadi juru senam robik pada pagi ini untuk kekal sihat




PK1 Pn Cik Zaini dengan gaya yang tersendiri mengikuti senamrobik...amboi.............teteliang kpla........

knk2 ribena

HARI KANAK-KANAK SEDUNIA PERINGKAT SEKOLAH















BUKIT MERTAJAM 21 OKTOBER 2009-Sambutan hari kanak-kanak peringkat sekolah telah di adakan sebagai satu acara tahunan yang mana ianya diadakan sebagai satu tujuan khas untuk meraikan kanak-kanak agar mereka menghargai bahawa diri mereka itu berharga dan sebagai generasi yang akan datang yang mana mungkin dalam kelompok ini akan ada bakat-bakat besar,pemimpin,anggota masayarakat yang dapat memberikan sumbangan dan jasa kepada ugama,bangsa dan negera.

Selepas aktiviti bersukan, murid-murid kemudiannya berehat di kantin kerana setiap murid diberikan sebungkus nasi lemak oleh pengusaha kantin Pak Din.Ianya sebagai satu penghargaan terhadap kanak-kanak kerana mereka punya nilai yang amat berharga kepada negara,ibubapa,masyarakat dan modal insan yang punya berbagai ragam dan tingkahlaku ini harus di gilap dan dihargai.

Murid-murid kemudiannya mengadakan persembahan.banyak kumpulan yang diberikan,malah guru-guru bebas membiarkan kanak-kanak ini memilih nama kumpulan nasyid masing-masing dan mereka bertanya kepada guru-guru yang fasih berbahasa arab.Maka lahirlah kumpulan nasyid Al munawarah,al-hidayah,al-jannah,al hidayah aqsa, dan lain-lain lagi di berbagai peringkat kelas dan juga umur masing-masing.


CIKGU MD NOOR DI USIK "PEMINAT" FANATIK KETIKA MEMETIK LAGU SOLO MAN KIDAL.


Mewakili kaum guru melakukan persembahan ialah petikan gitar solo dari Cikgu Mohd Noor Yassin, bekas pemain gitar utama sebuah kumpulan muzik di Pulau Pinang.Beliau tampil dengan lagu solo Man Kidal dengan petikan gitarnya yang berharga Rm3000 lebih yang dibelinya beberapa tahun lalu.Murid terhibur kerana ianya satu persembahan dari guru untuk murid-murid.Satu pernghargaan kepada kanak-kanak.